K-LINK INTERNATIONAL SDN. BHD. memulakan operasinya pada tahun 2000. Syarikat kami bermula dengan agak sederhana iaitu dengan menawarkan hanya beberapa produk sahaja kepada pengguna. Walaupun begitu, operasi K-Link International berjalan lancar dengan memberikan fokus pada produk yang bermutu dan berkualiti. Ianya ternyata membawa rahmat. Sejak dari hari pertama lagi, Syarikat kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengguna.Setelah meletakkan dirinya di persada dunia jualan langsung, ianya cuma menunggu masa sebelum K-Link International mempamerkan keupayaannya. Lebih banyak produk baru dibawa masuk. Pengedar mula mendaftarkan diri dan dalam beberapa bulan sahaja, jumlah pengedar berada pada tahap yang memberangsangkan. Pada bulan pertamanya, pencapaian jualan syarikat cuma RM700,000, tetapi kini ianya mencecah lebih RM10 juta sebulan. Sama seperti bagi para usahawan yang mendaftarkan dirinya sebagai pengedar, Syarikat kami kini mempunyai lebih daripada seratus ribu ahli. Jumlah stokis dan stokis bergerak juga meningkat pada masa yang sama untuk menampung rangkaian perniagaan yang semakin membesar.Syarikat kami melihat pasaran ASEAN sebagai tapak pelancaran bagi dirinya untuk memasuki dan menawan pasaran Asia Pasifik dan seterusnya pasaran dunia. Setakat ini, kami telah berjaya menembusi pasaran Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Taiwan, Hong Kong, Australia dan banyak lagi.
Sorry, no records were found. Please adjust your search criteria and try again.
Sorry, unable to load the Maps API.